Saturday, January 14, 2012

Mencari Kasih

Bab 2

Hamidah agak terkejut menerima kunjungan tetamu yang dia kurang pasti akan tujuannya. Tapi apabila melihat ada sireh junjung ditangan salah seorang tetamunya itu, dia dapat mengagak. Tetamu itu dipelawa masuk.

“Jemput duduk dulu. Saya buat air dulu”. Puan Hamidah berlalu kedapur.

“Siapa tu mak?”. Tanya Aisyah. Hendak dikatakan saudara, satu dari mereka langsung tidak dikenali.

“Saudara jauh ke mak?”. Tanyanya lagi.

“Mak pun tak tahu. Cepat buat air tu. Lepas tu gorengkan karipap segera yang mak beli tadi”. Nasib tadi Hamidah ada membeli karipap segera. Tinggal goreng aje. Kalau tidak alamat minum air sajalah.

“Nanti dah siap bawa ke depan”. Suruh Hamidah sebelum dia berlalu. Aisyah hanya menganguk. Tiba-tiba dia rasa tidak sedap hati. Baru perasan yang tadi mereka ada membawa sireh junjung. Siapa mereka? Ada hajat apakah mereka datang?

“Maaflah kiranya kedatangan kami ini mengejutkan Puan….”. Cikgu Khalid memulakan bicara.

“Saya Hamidah”.

“Maaf, Puan Hamidah. Sebelum saya teruskan dengan hajat kami, molek kiranya saya kenalkan diri. Saya Walid, yang ni isteri saya Saleha dan yang lain pula anak-anak saya”. Hamidah memberi senyuman pada tetamunya apabila diperkenalkan satu persatu.

“Pasti Puan Hamidah hairan dengan kedatangan kami. Sebenarnya kedatangan kami dengan membawa hajat yang besar”.

Berdebar Hamidah menunggu apakah hajat yang ingin disampaikan. Ya Allah kuatkan hati hambamu ini.

“Sebelum itu, kami dapat tahu, keluarga Puan Hamidah ada sekuntum bunga yang sedang mekar. Aisyah namanya. Betul ke?” Tanya Cikgu Walid berkias-kias.

Pandai juga ayah ni berbahasa-bahasa. Senyum Yana dalam hati. Mana Kak Aisyah buah hati pengarang jantung Abang Faiz. Tak nampak pun. Kak Aisyah? Macam pasti aje dia bakal jadi kakak ipar aku. Kalau dia reject Abang Faiz? Kesian Abang Faiz!.

Tak dapat Yana bayangkan macam mana nanti Abang Faiz kalau buah hatinya menolak. Yalah, masa bercerita perkenalan yang boleh dianggap pelik ni, beria-ria Abang Faiz. Terpancar muka kegembiraan. Mula-mula tak nak cerita. Rahsia konon. Tapi kalau orang yang dah mabuk cinta tak payah nak korek rahsia, dia sendiri yang akan cerita. Kak Lida kata tak payah tanya, nanti Abang Faiz mesti cerita. Berjaya jugak strategi Kak Lida!

Yana menjengahkan kepalanya melihat kalau-kalau ada sesiapa yang keluar dari dapur. Lagaknya diperhatikan Lida. Segera peha Yana dicubit.

“Apa leher dah macam zirafah”. Bisik Lida.

“Aduh.. sakit la kak!”. Yana mengaduh kecil. Perasan pulak Kak Lida ni. Farah mengekek menahan ketawa. Mak Leha sudah menjeling kearah mereka. Anak-anak dara Cikgu Walid tak boleh nak sopan sikit.

“Betul. Anak saya seorang saja. Aisyah namanya”. Jawab Hamidah.

“Alhamdulillah, jadi betul lah anak Puan namanya Aisyah. Begini Puan, saya ni tak pandai nak berbahasa bahasa, jadi elok saya berterus terang saja tujuan kedatangan kami. Anak teruna saya Faiz, selalu nampak anak Puan ke sekolah. Jadinya, sejak daripada itu orang kata bibit- bibit suka telah terbit.”

Aisyah yang sedang mengangkat dulang air terkejut mendengar apa yang dikatakan oleh lelaki yang umurnya sudah menjengah lewat 50an. Hampir-hampir dulang itu terlepas.

“Jadi inilah Aisyah”. Tanya Mak Leha apabila Aisyah baru meletakan dulang dan menuangkan air kopi o panas. Hamidah menganguk. Aisyah hanya diam. Pura-pura tidak tahu apa-apa.

Oh inilah Kak Aisyah. Lawa! Patutlah Abang Faiz tangkap cintan. Sopan pulak tu. Bagus jadi kakak ipar aku ni. Yana sudah berangan.

“Silakan minum”. Pelawa Hamidah. Aisyah mengangkat punggung mahu ke dapur semula namun ditegah dengan Hamidah.

“Cantik orangnya”. Kata Mak Leha sambil memandang Aisyah. Sopan santun dan ayu. Tak hairanlah walaupun tidak kenal Faiz sudah terpikat.

Aisyah hanya tunduk. Hatinya gelisah. Apakah petanda cerita ini?

“Tuan punya badan pun ada disini. Jadi moleklah kalau saya tanya sudah berpunya atau belum. Takutlah jugak nanti kami merisik bunga yang sudah ditawan”. Sambung Cikgu Walid lagi.

Apa yang Aisyah duga memang benar sekali. Ya Allah, ujian atau apakah yang Kau berikan kepadaku.

“Yana mana gambar Abang Faiz?” Tanya Mak Leha.

“Ada mak. Ni dia”. Gambar Faiz bertukar tangan. Hamidah walaupun masih terkejut mengambil gambar yang diberikan. Kemudian diberikan kepada Aisyah.

Yana, Farah dan Lida menjadi pemerhati. Apa pun reaksi Aisyah harus di report kepada Faiz. Itu sudah dipesan Faiz berulang kali.

Aik, macam tak ada perasaan saja. Rasanya itulah gambar Abang Faiz yang paling handsome. Bergaduh aku dengan Kak Lida pilih gambar Abang Faiz yang paling bergaya dan handsome. Akhirnya gambar Abang Faiz semasa hari raya berbaju melayu siap bersampin dipilih. Itu pun Farah punya idea.

“Saya tidak tahu nak cakap macam mana. Semuanya terlalu mengejut”. Hamidah berjeda. Mencari kekuatan dan bicara yang sesuai yang harus digunakan.

“Saya faham. Maaf, kami datang tanpa memberi tahu dahulu”. Ujar Mak Leha. Jika dia ditempatnya, dia juga kalut.

“Tak apa mak, biar Aisyah beritahu”. Kiranya biarlah beban itu hanya dia yang tanggung. Aisyah tahu ibunya tersepit sama ada untuk memberitahu perkara yang sebenar atau pun tidak. Lagi pun Rasulullah pernah bersabda:

“tanya pendapat janda jika seseorang ingin meminangnya

“Maaf pak cik dan mak cik. Sebelum saya berkata ya atau pun menolak. Adakah Pak cik dan Mak Cik tahu status saya sebenarnya”.

Semua mendengar dengan penuh debaran. Apa yang ingin Kak Aisyah sampaikan?Status? Siapa dia sebenarnya? Puteri ke? Dan syarat seperti Puteri Gunung Ledangkah yang mahu diusulkan? Desis Yana.

“Mak cik dan pak cik sekeluarga harus tahu, dulu saya pernah punyai suami”. Aisyah menghela nafas. Ya Allah kuatkanlah hamba Mu ini.

Cikgu Walid dan yang lain terpinga. Apa maksud Aisyah?

“Maaf,Pak Cik kurang jelas”.

****

Abang Faiz sudah termenung panjang. Berita tadi betul mengejutkan. Cikgu Walid mendekati anak bujangnya yang seorang.

“Buat solat istikharah Faiz, minta petunjuk dariNya”. Nasihat Cikgu Walid.

Faiz hanya diam. Memang dia tidak tahu tentang status Aisyah. Bila maknya bercerita barulah dia tahu.

Aisyah sudah setahun hidup menjanda. Perkahwinannya dengan seorang juru terbang membawa kebahagian yang memang diimpikan. Namun, ibarat pepatah panas yang disangka ke petang, rupanya hujan di tengahari. Baru dua bulan berkahwin, ujian hebat datang. Suaminya disahkan meninggal dunia akibat kapal terbang yang dipandunya terhempas. Tuhan saja yang tahu bagaimana luluhnya hati Aisyah. Namun ibu sentiasa bersama menjadi peneman dan memberi sokongan. Akhirnya Aisyah akur. Itu semua sudah ketetapan Ilahi. Namun cintanya terhadap suami tidak akan pudar.

“Faiz, ayah tahu kamu masih terkejut. Tapi, percayalah. Jika cinta Faiz suci dan luhur, minta petunjuk pada Tuhan, semoga ditetapkan hati. InsyaAllah, Dia akan menolong hambanya yang sentiasa mengharapkan pertolonganNya.

“Terima kasih ayah”. Faiz tersenyum pahit.

Cikgu walid menepuk-nepuk bahu Faiz. Kemudian dia beredar membiarkan Faiz mambuat keputusan.

Apa yang ayahnya kata adalah benar. Hanya kepada Allah saja yang patut dia meminta pertolongan.

Yana masih belum tidur. Perbualan ayah dan Abang Faiz tadi masih lagi terngiang-ngiang. Dalam hati Yana berdoa moga Allah memberi petunjuk kepada Abangnya.

Jika keputusan abangnya mahu meneruskan rancangan untuk menikahi Aisyah, mungkin Yanalah orang pertama yang gembira. Dia tidak tahu, yang pasti walaupun Aisyah seorang janda, dia yakin Aisyah dapat menyanyangi Abang Faiz begtu juga Abang Faiz akan sentiasa membahagiakan Aisyah. Ya Allah, temukan jodoh mereka.

Sementara itu Aisyah masih berteleku diatas sejadah. Dia baru sahaja selesai solat sunat istikharah. Memohon petunjuk dari yang Esa. Dia termenung. Momen –momen bersama suaminya masih segar diingatan. Jika benar lelaki itu tulus mencintaiku, adakah aku bersedia mengantikan orang lain ditempat suamiku? Wahai hati, apakah masih ada lagi ruang untuk menerima kehadiran lelaki lain?

Aisyah, yang sudah berlalu biarlah menjadi lipatan sejarah. Menerima lelaki lain bukan bermakna kau menduakan suamimu. Belajarlah menerima hakikat bahawa suamimu sudah tiada. Relakan hatimu melepaskannya. Biarlah dia tenang disana. Sesungguhnya doamu akan terus sentiasa bersamanya.

Ya Allah, jika dia sudah tertulis untukku, aku redha. Bisik Aisyah.

1 comment:

shameel Iskandar said...

menarik novel fiza ni. saya baca sepintas lalu dan save dulu utk menghayati nnt.. sy pun minat tulis novel tapi stkt ni masih gagal menjadi novelis,, cuma sy pernah menulis beberapa buah yg cerpen yg pernah disiarkan dlm beberapa majalah dan akhbar. ada masa dijemput ke koleksi cerpen sy

http://www.bicaradariaku.com/search/label/CERPEN