Saturday, March 28, 2009

takziah

kelmarin 4 orang pelajar UiTM lendu telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.

Mangsa ialah Mohamad Sulaiman Rahman, 21, dari Temin, Jerantut, Pahang; penuntut tahun tiga Diploma Pengurusan Bank; Mohd Nafil Kosnon, 20, dari Bagan Terap, Sungai Besar, Selangor (tahun dua Diploma Pentadbiran Awam); Mohd Shaherman Sudin, 22, dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan (tahun tiga Diploma Pengajian Perniagaan) dan Muhamad Zaki Jasmi, 23, dari Teluk Mas, Melaka (tahun tiga Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat).


Al fatihah untuk mereka....

Monday, March 23, 2009

the day b4

the day b4 this event....aiyo..so trouble, much of maki hamun keluar.. especially si *&%#@^... sangat tension... but i learn something..... after dis i'll never co operate with her anymore...

btw this some pics b4 da event..
masuk ZoO....sat g briefing
ape die wat tuh???
en.Jebat bg briefing..beriye je entah ape yang die cakap....
who's the green shirt??


from left:-man(da cam org bersanding),fariza(nape malu2), maria(senyum yang tak ikhlas), me??? (dun no wat to say) nuzul(trying to hit me), opie(steady jer),en jebat(entah lah trouble) ..

Friday, March 13, 2009

ZOO CLINIC

For those out there I would like to invite all of you to come and join Zoo Clinic's Event.

date:- 21 March 2009
venue:- Zoo Melaka,Ayer Keroh
time :- 9.00am-5.00pm

Lots activities will be held as jigsaw puzzle,explorace,quiz, and much more. For more information please contact 012-9339372 (Mohd Syafiq). TQ

Monday, March 9, 2009

selamat menyambut maulidur rasul

salam...

hari ni 12 rabiul awal hari kelahiran nabi muhammad s.w yang tercinta... cintanya nabi terhadap umatnya sehingga sebelum wafat nabi berdoa pada Allah supaya azab sakaratul maut umatnya diberikan kepadanya kerana tidak mahu umatnya merasa azabnya dicabut nyawa...sayangnya nabi terhadap umatnya sehingga sebelum wafat nabi menyebut ummati...ummati dan ummati... dan ditinggalkan kpd ummatnya dua perkara iaitu Quran dan sunnah. kasihnya nabi terhadap umatnya apabila berulang kali naik kelangit hanya ingin memohon kpd Allah supaya dikurangkan jumlah waktu sembahyang... bukan itu sahaja nabi juga berdoa kepada Allah supaya Allah tidak menurunkan azab dan bala kepada umatnya dengan serta merta. nabi mohon diberikan penangguhan untuk umatnya.Ya Allah... terlalu mulia junjungan besar nabi muhammad berkorban untuk umatnya...terlalu banyak.....

namun pasti rasulullah kekasih Allah sedih melihat umatnya pada hari ini.... tidak banyak umatnya takut akan mati... buktinya ramai sahaja yang berlumba dijalanan.... hari ini ramai sahaja yang tidak menjadikan Al-Quran kitab suci sebagai peneman hidup... hari ini ramai sahaja yang merasakan sunnah nabi sebagai ortodoks...nauzubillah... hari ini ramai sahaja yang meninggalkan solat 5 waktu dengan sengaja. solat yang dirasakan sebagai bebanan... hari ini ramai sahaja yang tanpa segan silu melakukan maksiat.... dan banyak lagi perilaku sedih yang berlaku.....

Adakah kamu cinta sayang dan kasih kepada nabi muhammad s.w.... dan jawapannya adalah YA.. namun tidak ramai yang menzahirkan kata-kata tersebut.... cinta kasih dan sayang hanya dibibir.... apakah bukti kita kasih sayang dan cinta kepada nabi? berapa kalikah kita berselawat keatas nabi junjungan mulia? berapa kalikah kita terfikirkan akan nabi muhammad? tahukah kita sejarah kehidupan nabi.... mungkin kita lebih tahu sejarah hidup michale jackson atau mungkin kita lebih arif tentang sejarah hidup para socialist barat....

aku bukan bijak dalam kata-kata, aku juga bukan hendak mengajar sesiapa. aku hanya ingin sama-sama ingat mengigati....kerna kadang-kadang aku juga tergelincir dalam menongkah arus hidup...kadang-kadang aku juga alpa dan lupa.. . aku hanyalah insan biasa yang juga memerlukan nasihat dari kalian semua.... semoga apa yang aku tuliskan hari ini dapat memberikan sedikit sebanyak kesedaran kpd kita semua....

Sollaulah a'la muhammad sollaulah a'laihi wasalam.... semoga ianya sentiasa terlafaz dibibir.....

Tuesday, March 3, 2009

a bit busy..

hola.. im a bit busy lately with bunch of works.. :(