Thursday, August 12, 2010

MASALAH KERUNTUHAN MORAL

Salam,

Alhamdulillah..esok masuk hari ketiga kita berpuasa pada bulan ramadhan tahun 1431H. Syukur yang teramat kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izinNya aku dapat merasai puasa untuk kali ini. Terima kasih Allahu Rabbi...

Sekitar jam 1.10 tghr tadi sempat aku ke surau untuk mengikuti tadarus Al-Quran seperti tahun yang sudah.... Alhamdulillah kali ini ramai yang menyertainya..... selesai tadarus aku sempat mendengar ceramah agama dari salah seorang ustaz dari gombak. Ceramah yang hebat bisa ku kira. Suara yang lantang melontarkan butir2 pengisian.... Antaranya yang dapat aku sempat aku dengar adalah tentang masalah keruntuhan akhlak yang semakin meruncing.....

Dia sempat bercerita tentang banyaknya kes2 melakukan zina, melahirkan anak luar nikah dan paling menyedihkan kes pembuangan bayi.... kes ini ramai yang memperkatakan.... dan aku tidak terkecuali memikirkan permasalahan ini....

Dimanakah silapnya???? Baru2 ini, Majlis agama Melaka ada menyuarakan untuk dibenarkan remaja berumur dari 13 tahun dibenarkan berkahwin.... ada juga NGOs yang menyuarakan pendapat agar dibuka satu pusat penjagaan bayi luar nikah (Baby Hatch) dan yang terbaru kes buang bayi akan dihukum gantung mandatori....... Persoalannya, adakah penyelesaian ini dapat membantu????

Jika dilihat cadangan pertama, adakah ianya memberikan impact yang baik??? remaja dibenarkan berkahwin dari usia 13 tahun.... dari sudut positive ia dapat mengelakkan remaja melahirkan anak luar nikah.. tapi jika dilihat dari sudut lain, banyak masalah yang bakal timbul..
1. Adakah mereka benar2 bersedia untuk berkahwin dgn memikul t/jwb yang berat
2. Adakah mereka dapat menguruskan hal rumah tangga dgn baik???
Dikhuatiri akan berlakunya banyak kes2 penceraian dan anak2 terbiar......

Cadangan kedua, menyediakan pusat penjagaan anak luar nikah, dr sudut +ve ia mengurangkan kes pembuangan anak luar nikah di tempat yang, dari sudut lain ia seperti menggalakan kegiatan ini... apabila orang akan berfikir "klu xnak baby ini, kita hantar saja ke pusat jagaan". Tidakah ia akan menimbulkan kesan yang lain???

Cadangan ketiga yang telah dibentangkan di parlimen dan persetujui ramai.. hukuman gantung mandatory jika disabit kesalahan.... ianya dapat menimbulkan rasa takut kepada mereka yang ingin melakukan.. namun adakah ianya berkesan? Mungkin ya mungkin tidak... kita lihat hukuman bagi pengedar dadah... apakah hukumannya??? Bagi certain amaunt hukumannya adalah gantung sampai mati...Tapi adakah kes ini berkurang??? Jika boleh buat rayuan dan rayuan diterima maka dia akan terselamat.... jadi fikir2kan lah hukuman ini dilaksanakan untuk kes pembuangan bayi...

Sebenarnya, kita terlalu mencari penyelesaian apabila sesuatu itu telah terjadi.... Kita jarang mencari penyelesaian berdasarkan "root caused" sesuatu perkara..... kes pembuangan bayi kita tidak fikirkan punca sehingga ke akarnya.... adakah didikan agama yang kurang?? jika ya... tambahkan lagi pengajian2 agama disekolah... slot agama disekolah hanya sekitar 3 atau 4 jam dalam sehari, berbanding dengan pengajian lain.... atau adakah banyaknya keruntuhan rumah tangga yang berlaku yang menjadikan anak2 terbiar??? jika ya, banyakkan sessi kauseling untuk ibu bapa atau kursus kahwin harus dikaji semula perlaksanaanya..
Atau adakah banyaknya rancangan hiburan disekitar kita??? internet yang mudah untuk diaksess, rancangan tv hiburan yang terlalu banyak berbanding rancangan berbentuk ilmu???? jika ya?? tidak adakah penyelesaiannya??? mengurangkan rancangan berbentuk hiburan dan perbanyakkan racangan berbentuk ilmu.... jika di bulan ramadhan yang penuh barakah, banyak stesyen tv menyiarkan rancangan agama... mengapa tidak dibulan2 yang lain???

Ini adalah sekadar pendapatku.... mungkin ada pemikir lain yang dapat memikirkan punca sebenar2nya... Rundingan meja bulat perlu diteruskan......

=)