Thursday, May 28, 2009

.....BahAna Abang Sulong a.k.a ALoNg....


salam....


berita malam tadi tentang apa yang dilakukan oleh along seperti binatang... 3 orang lelaki yang dirantai dileher, dan kaki membuktikan betapa kejamnya along. Along bukanlah seorang abang sulong yang menjadi role model kepada adik2nya.. Along ini adalah zalim yang meletakkan akal fikiran dikepala lututnya.... kekejaman, keganasan Along sudah banyak diperkatakan...namun anehnya ada lagi manusia yang masih mahu berurusan dengannya.. tidak tahukah mereka? pinjam sejumlah wang yang kecil namun perlu dibayar entah berapa kali lipat ganda? gagal untuk melunaskan hutang natijah yang menanti.......??? tidak perlu diperkatakan lagi.... berita malam tadi adalah sebahagian kecil apa yang dilakukan oleh Along... bagaimana pula mereka yang rumahnya dibakar? gerak geri sentiasa diekori oleh konco2 Along.... dan ada juga yang dibunuh.... namun orang yang meminjam duit dari Along masih ramai.... terlalu terdesakkah mereka?? sehingga mempetaruhkan nyawa hanya untuk sejumlah duit yang entah berapa nilainya...... jika tiada permintaan sudah pasti tiada penawaran......


gunakanlah akal fikiran yang waras untuk membuat sesuatu keputusan..... jangan nyawa dipertaruhkan..... pohon jalan pada tuhan........