Monday, January 5, 2009

.......

First n foremost, mari sama2 panjatkan doa untuk kesejahteraan rakyat palestin... semoga mereka mendapat pertolongan dari Allah.. semoga Israel laknatullah di timpa musibah... al fatihah untuk saudara2 Islam kita....



diantara tanda2 qiamat adalah berlakunya perang besar2an.. MasyaAllah.. mungkin kita telah hampir dengan satu2nya peristiwa yang sangat ditakuti ramai... antara bersedia ataupun tidak kita dengan situasi tersebut...



untuk mencari sesuatu kebenaran amat payah dengan zaman yang terlalu canggih.. penipuan berleluasa, kerakusan manusia menindas manusia yang lain, masing2 bingung mencari kebenaran.. dan tertanya2 dimanakah kebenaran? yang berkuasa terus dengan kuasanya.. yang lemah terus dengan kelemahannya...


hari ini adalah hari yang kesembilan Israel laknatullah menceroboh Gaza. Ramai yang tersentak dengan tindakan Israel. namun yang anehnya apakah baru sekarang semua tersedar? Sedangkan Israel telah bertindak ganas untuk berdekad lamanya.. Telah beratus ribu atau mungkin sudah sejuta rakyat palestin terkorban dan kita yang lain hanya memandang. Mungkin memandang dengan pandangan yang sangat pedih, pilu, atau jiwa yang memberontak... Mana mungkin kita yang berseorangan mampu menolong mereka.. tapi apakah gunanya persatuan, pertubuhan yang gah membuat persidangan? dimana OIC? NAM? atau mungkin ASEAN? jangan terlalu mengharapkan UN yang memang sudah sedia berpaksikan Barat...


sedang orang banyak bercerita tentang kerakusan Israel.. seperti orang melupakan seketika tentang kesedihan rakyat Iraq apa entah lagi rakyat afganistan... sedang semua terarah kepada isu palestin US terus lagi menghantar askar2nya yang bodoh ke negara tersebut. kononnya untuk keselamatan.. semua itu penipuan dari seorang presiden yang berwatakkan IBLIS.. mungkin negara mana pula selepas ini.. Iran? Syria? atau mungkin negara kita sendiri?

untuk Obama, ramai mereka sebelum ini mengharapkan sesuatu perubahan... namun untuk isu palestin dia hanya membisu.. tidak mahu memberikan pandangan kerana tidak mahu orang terkeliru.. berprinsip di US hanya ada satu presiden saja... selagi bush masih presiden dia tidak mahu memberi komen... kalau itu yang Obama katakan.... mungkin kita sudah mengagak siapa saja bakal presiden US tidak menjanjikan apa2 sekira polisi atau dasar2 negara itu hanya ditakuk yang lama...

untuk Palestin kami doakan untuk anda.. untuk negara Islam yang lain sama2lah kita bantu mereka...