Thursday, October 30, 2008

Sepi Seorang Perindu....cont'd

"Aisyah, kau tak tidur lagi?. Esokkan kau ade taklimat. nanti lambat bangun pulak". Hani rakan serumah Aisyah mengingatkan tentang hari esok. Ya, baru Aisyah teringat hari esok ada taklimat tentang cara berdepan dengan mereka yang mempunyai penyakit gangguan emosi yang tinggi atau lebih senang dengan pangilan pesakit mental. Tapi Aisyah tidak suka dengan panggilan itu apa entah lagi dengan panggilan gila...

"Terima kasih Hani, aku memang terlupa langsung". Hani hanya tersenyum. Hani tahu segalanya..tahu segala perihal Aisyah.. kerana itu dia memberitahu Aisyah tentang taklimat ini. Bukan niat untuk menyinggung Aisyah. Sekelumit pun tidak... tapi untuk kebaikan Aisyah juga agar Aisyah mampu untuk berdepan dengan masalah yang dihadapinya.

Kalau tidak kerana Hani yang memberitahu tentang taklimat ini beberapa hari yang lepas, mungkin Aisyah tidak tahu tentang adanya taklimat ini.


"Aisyah, tadi aku ada baca surat khabar, ada satu taklimat tentang cara-cara berhadapan dengan orang yang mempunyai gangguan emosi yang tinggi, kau tak nak pergi?". sebelum mencadangkan kepada Aisyah, Hani sudah berfikir banyak kali.... Niatnya hanya satu, untuk membantu temannya.

Aisyah hanya melepas pandang. Tiada sebarang jawapan. Hani sudah dapat meneka, pasti Aisyah berasa tersinggung...

"Aku bukan nak singgung perasaan kau, tapi ini untuk kebaikan kau.. supaya kau lebih tabah... Maafkan aku Aisyah kalau aku menyinggung perasaan kau".

"Tak.... kau tak perlu minta maaf bahkan aku yang perlu minta maaf. Kau banyak menolong aku...".

"Jadi, kau nak pergi taklimat ni? kalau kau nak, aku boleh tolong registerkan... kita pergi sama-sama. Boleh?"

Aisyah hanya mengangguk...hani membalas dengan senyuman...