Monday, March 9, 2009

selamat menyambut maulidur rasul

salam...

hari ni 12 rabiul awal hari kelahiran nabi muhammad s.w yang tercinta... cintanya nabi terhadap umatnya sehingga sebelum wafat nabi berdoa pada Allah supaya azab sakaratul maut umatnya diberikan kepadanya kerana tidak mahu umatnya merasa azabnya dicabut nyawa...sayangnya nabi terhadap umatnya sehingga sebelum wafat nabi menyebut ummati...ummati dan ummati... dan ditinggalkan kpd ummatnya dua perkara iaitu Quran dan sunnah. kasihnya nabi terhadap umatnya apabila berulang kali naik kelangit hanya ingin memohon kpd Allah supaya dikurangkan jumlah waktu sembahyang... bukan itu sahaja nabi juga berdoa kepada Allah supaya Allah tidak menurunkan azab dan bala kepada umatnya dengan serta merta. nabi mohon diberikan penangguhan untuk umatnya.Ya Allah... terlalu mulia junjungan besar nabi muhammad berkorban untuk umatnya...terlalu banyak.....

namun pasti rasulullah kekasih Allah sedih melihat umatnya pada hari ini.... tidak banyak umatnya takut akan mati... buktinya ramai sahaja yang berlumba dijalanan.... hari ini ramai sahaja yang tidak menjadikan Al-Quran kitab suci sebagai peneman hidup... hari ini ramai sahaja yang merasakan sunnah nabi sebagai ortodoks...nauzubillah... hari ini ramai sahaja yang meninggalkan solat 5 waktu dengan sengaja. solat yang dirasakan sebagai bebanan... hari ini ramai sahaja yang tanpa segan silu melakukan maksiat.... dan banyak lagi perilaku sedih yang berlaku.....

Adakah kamu cinta sayang dan kasih kepada nabi muhammad s.w.... dan jawapannya adalah YA.. namun tidak ramai yang menzahirkan kata-kata tersebut.... cinta kasih dan sayang hanya dibibir.... apakah bukti kita kasih sayang dan cinta kepada nabi? berapa kalikah kita berselawat keatas nabi junjungan mulia? berapa kalikah kita terfikirkan akan nabi muhammad? tahukah kita sejarah kehidupan nabi.... mungkin kita lebih tahu sejarah hidup michale jackson atau mungkin kita lebih arif tentang sejarah hidup para socialist barat....

aku bukan bijak dalam kata-kata, aku juga bukan hendak mengajar sesiapa. aku hanya ingin sama-sama ingat mengigati....kerna kadang-kadang aku juga tergelincir dalam menongkah arus hidup...kadang-kadang aku juga alpa dan lupa.. . aku hanyalah insan biasa yang juga memerlukan nasihat dari kalian semua.... semoga apa yang aku tuliskan hari ini dapat memberikan sedikit sebanyak kesedaran kpd kita semua....

Sollaulah a'la muhammad sollaulah a'laihi wasalam.... semoga ianya sentiasa terlafaz dibibir.....