Sunday, May 17, 2009

M.A.R.A.H.

Imam Syafie berkata:- Marah salah satu daripada panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu hindarilah marah agar dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.

Cara untuk menghilangkan marah:-

1. Ingatlah Allah sentiasa memerhatikan segala perbuatan kita termasuk kebengisan kita kerana itu kita perlu rasa malu dengannya.

2. Selalu ingat kita adalah manusia yang hina.

3. Banyakkan berdiam diri disamping panjatkan doa dan harapan supaya Allah lindungi dari sifat marah.

4. Sebaik2 berfikir kesan marah mungkin membawa pergaduhan.

5. Bayangkan betapa buruknya wajah kita apabila marah

6. Apabila marah, bacalah istiazah iaitu berlindung dari kejahatan syaitan.

7. Jika marah lagi, berwuduklah kerana ianya dapat menyejukkan hati.

8. Tidak berjaya, tidurlah kerana ia dapat hilangkan perasaan marah selepas bangun dari tidur.

9. Akhir sekali, cuba ingatkan diri kita, sekiranya kita tidak suka dimarahi atau memang alah kerana ada penyakit..,begitu juga sebaliknya dengan orang lain...mereka juga tidak suka dimarahi...

Jadi... susahkan untuk kita bercakap dengan lemah lembut dan bersopan...??? sama-samalah kita renungkan....:)