Tuesday, October 20, 2009

Harapan dan keinginan

Harapan dan Keinginan

Hi semua….. moga kalian sihat selalu n penuh semangat sepanjang hari… bekerja mahupun yang belajar….

Tiba-tiba dapat idea untuk bercakap mengenai harapan dan keinginan….
Setiap manusia pasti mengharapkan sesuatu….
Tidak kira apa jua harapan atau keinginan…
Harapan untuk berjaya, harapan untuk dinaikan pangkat,
Dan sudah semestinya ramai
mengharap mendapat sesuatu yang terbaik untuk dirinya….

Terbaik untuk dirinya?
Hari-hari kita berharap moga sesuatu yang baik akan berlaku pada diri kita..
Mintak2lah bos praise aku hari ni, mintak2lah aku dapat jumpa dengan ‘die’ hari ini….dan macam-macam lagi….
Sehingga kadang-kadang tanpa kita perasan apa yang kita harapkan tidak disukai oleh teman disekeliling…..
Jealous? Hm… mungkin juga… atau mungkin apa yang kita harapkan tak setimpal dengan usaha yang kita lakukan?

Harapan yang tak setimpal dengan tindakan?
Hm… menarik….
Tanya saja pada semua orang..
Siapa saja yang tidak inginkan dinaikan pangkat? Atau mungkin mendapat anugerah pekerja terbaik?....

Pastinya semua mengharapkannya….
Namun…. Tak ramai berusaha bermatian untuk mendapatkannya…
Mungkin ada yang menyanggah kataku ini….

‘Dah usaha sehabis mati… tapi bos yang tak nampak usaha kita ni’…
‘Alah, kerja teruk2 pun bukannya dapat faedah, akhir tahun ‘si dia’ favorite bos tu yang dapat’….

Hm…. Mungkin juga….
Tapi bagaimana dia boleh menjadi fav bos? Kuat bodek? Atau politik organisasi?
Atau mungkin kita terlalu banyak memberi alasan…
Usaha sedikit tapi banyak bercakap alasan itu dan ini…
Pucuk pangkal adalah percaya….
Harapan atau angan-angan yang kita inginkan….
disemai dengan kesabaran pasti mendapat imbuhan….
Tidak perlu banyak alasan…..
Cuba cari kelemahan diri mungkin ada kekurangan yang belum dibaiki....

Kekurangan yang belum dibaiki?
Ini juga menarik…..
Kerana ramai orang yang mencari kesempurnaan….
Tanya saja pada orang,
Siapa yang tidak menginginkan perempuan atau lelaki sempurna untuk dirinya??
Sudah pasti semuanya mahukan itu…..

‘Kalau boleh aku nak dia tu pandai, cantik, handsome, sopan santun, hormat orang tua, memahami, tak hipokrit, kaya, jujur, matang…etc…’

Hm.. banyak betul keinginan kita….
Tapi ramai yang tidak sedar ….
Senarai yang kita inginkan itu mungkin hanya dua atau tiga ada pada diri kita….
Yang lain??...
Cuba kita menjadi dahulu seperti apa yang kita inginkan
Dari mengharap si dia yang menjadi apa yang kita inginkan…
Mudah bukan?