'perempuan diciptakan dari tulang rusuk kiri lelaki, bukan untukditendang, dicerca dan bukan juga juga untuk diseksa, tetapi untuk disayangi, dikasihi, dicintai kerana itu ianya terletak dekat dengan hati....'
Aisyah menutup buku "Kasih seorang Wanita" yang baru dibelinya tadi... fikiranya menerawang lagi. Ya, perempuan itu terlalu tinggi darjatnya bagi lelaki yang cuba menganiaya perempuan yang tidak berdosa. Aisyah masih lagi ingat kata-kata ustazahnya semasa di sekolah menengah dulu....Antara ayah dan ibu siapa yang lebih disanjung dan jawapannya adalah ibu....Ah... pengorbanan ibu terlalu banyak...
selama 9 bulan ibu mengandungkan seorang anak, betapa siksanya untuk melahirkan seorang anak, bertarung dengan maut hanya kerana seorang anak, sehingga mati itu mati syahid... adakah itu tidak cukup untuk dikira pengorbanan yang sangat besar?
Terima kasih ibu, terima kasih emak, terima kasih umi, terima kasih mama atas pengorbanan yang sangat besar....
Hati Aisyah tidak sabar menunggu esok....setiap hari dia tidak sabar untuk menanti hari esok untuk menemui ibu yang tercinta.... walaupun ibunya tidak mengerti, namun Aisya tidak kisah dengan itu semua... yang penting setiap hari dia akan meluangkan satu waktu untuk ibunya....
to be continue
No comments:
Post a Comment