Sunday, June 20, 2010

Good for us to read this...

Assalamualaikum...

Hampir setengah tahun x update blog. Dalam masa untuk menulis ada saja yang menghalang... Kali ini aku saja untuk share sebuah cerita yang aku rasa baik untuk semua bukan sekadar untuk dibaca tapi juga untuk direnungkan.. Actually cerita ini aku dapat dari email yang diforward oleh rakan-rakan kerja... tak salah rasanya untuk aku share disini pula....

Nampak panjang.. tapi xsampai sepuluh minit pun untuk baca.... tapi bacalah dengan hati... bukan sekadar mata....

Selamat membaca semua..... :)


Setelah pulang dari demonstrasi anti-Yahudi, seorang Pakcik berbual dengan saya sewaktu sama2 menunggu giliran mendapat rawatan di sebuah klinik.
“Puas hati. Kami dah bakar bendera Israel. Hancur luluh dibuatnya. Gambar PM Israel pun banyak yang kami robek2an. Kalaulah tidak mengenangkan undang2, kami dah bakar kedutaan Amerika. Tapi kami masih rasional.” Saya mengangguk-angguk kepala sahaja.
“Tel Aviv akan bergegar minggu ini dengan demonstrasi oleh seluruh dunia Islam. Dijangka banyak lagi siri demonstrasi akan diatur minggu hadapan. Awak jangan lepas peluang.”
Saya mengangguk kepala. Mungkin kerana demam, saya banyak diam. Lagipun saya telah berjanji pada diri, dalam berinteraksi perlu menjadi pendengar.
“Eh, awak tidak ada respons langsung. Baru demam sikit… janganlah begitu. Rakyat Palestin dibom, ditembak dan disekat bekalan makanan dan keperluan. Itu lagi teruk.”
Kali ini saya senyum. Saya bersuara perlahan, “saya sokong tindakan Pakcik dan demonstrasi menyatakan pendirian kita menentang kekejaman Yahudi.”“Bagus. Suara saya serak melaungkan takbir semalam. Dada ni sakit-sakit sejak akhir ni.”“Kenapa Pakcik?”“Rokok dik. Semuanya fasal rokok ni.”“Pakcik hisap rokok apa?” saya mula teruja untuk berbual.“Masih Winston. Dah sebati sejak dulu.”“Winston from America?” bisik saya perlahan.Kali ini Pakcik tu pula mengangguk2.
“Sakit2 Pakcik pun masih kuat berdemonstrasi. Apa pandangan adik tentang demonstrasi ini?” kilasnya mengalih arah perbualan.“Ada langkah yang lebih utama dan pertama daripada itu,” tegas saya.“Apa dia?”“Solat Subuh berjemaah.”
“Kita cakap bab jihad, awak bercakap bab ibadat.” Muka pakcik itu mula memerah. Tangannya mula digenggam.“Jihad dan ibadat tidak terpisah. Bahkan ibadat itulah yang akan membangunkan roh jihad yang sejati.”“Kita mesti sanggup memikul senjata.”“Betul. Tetapi kuakkan dulu selimut menutup umat yang masih tidur menjelang Subuh.”“Saya tak faham.”
“Pakcik, Israel mesti ditentang menurut kaedah yang menyakitkan mereka.”“Apa yang menyakitkan mereka?”“Mereka bimbang sekiranya bilangan orang Islam yang solat subuh berjemaah sama dengan bilangan orang Islam yang solat Jumaat! Ini diakui oleh cerdik pandai mereka sendiri.”“Jadi?”“Sebaik-baik ‘demonstrasi’ ialah didik umat ini bersolat Subuh secara berjemaah di surau2 dan masjid. Solat itu hubungan kita dengan Allah. Jangan harap musuh akan kalah, kalau Allah tidak bantu kita. Lihat di Badar, lihat di Khandak, bagaimana Rasulullah saw dan sahabat akrab dengan Allah. Lihat pula Salehuddin, lihat pula Muhammad al Fateh, bagaimana teguhnya mereka menjaga solat dan ibadat2 khusus yang lain.”Hampir terlupa saya pada janji diri untuk lebih mendengar. Saya menarik nafas panjang. Kembali merenung Pakcik tersebut dengan senyuman.
“Awak rasa bakar bendera Israel tak perlu? Mana kemarahan awak?”“Bakar bendera Israel boleh saja. Ayuh, bakarlah. Tetapi jangan membakar rokok Amerika dan sekutu Yahudi yang lain lebih perlu. Cukup kalau sebulan sahaja umat Islam berhenti merokok, mungkin jumlahnya sudah berjuta2 ringgit. Dan wang yang terkumpul itu hantarkan ke misi bantuan kemanusiaan ke Gaza!”“Awak sindir saya?”
“Pakcik saya tidak menyindir. Kebanyakan umat Islam, termasuk saya, hanya bencikan Yahudi pada mulut sahaja tetapi pada tindakan tidak.”“Saya dah bertindak. Saya dah demonstrasi!”Lagi2 ke situ fikirnya.“Pakcik dalam Al Quran, Allah tegaskan orang Yahudi itu tidak akan redha selagi kita umat Islam tidak mengikut cara hidup mereka.”“Siapa kata kita ikut cara hidup mereka?”
“Pakcik, lihat betul2. Apakah masyarakat kita telah bangunkan cara hidup Islam?”“Kita orang Islam. Cara hidup kita mesti Islam.”“Tidak Pakcik. Ramai umat Islam yang tidak amalkan cara hidup cara Islam.”“Contoh?”“Dedah aurat, pergaulan bebas, zina, riba, judi, arak, tinggal solat, budaya hedonisme dan dualisme masih berakar umbi dalam masyarakat kita. Lihat sahaja unsur tahyul, mistik, seks bebas dan gosip yang mendominasi media2 umat Islam. Tidak ikut cara hidup Islam bererti terperangkap dengan cara hidup isme kapitalis, sosialis mahupun liberalis.”
Pakcik itu terkejut sedikit, lantas menyampuk, “mana Yahudinya. Awak kata Yahudi, tapi yang awak sebut golongan hedonis, liberalis, kapitalis dan sosialis?”“Ketiga-tiga isme itu sama.”“Sama?”“Kesemuanya dicipta oleh golongan yang sama… Zionis Yahudi!”“Jadi demonstrasi ini tidak berfaedah?”
Saya menggeleng2kan kepala perlahan.“Ada faedahnya. Tetapi ia bermusim dan agak bersifat agak artifisial. Kita perlu agenda yang konsisten dan ‘genuine’.”“Misalnya?”“Ajak orang Islam serius solat lima waktu dengan penghayatannya sehingga dengan solat itu mampu meninggalkan kejahatan dan kemungkaran.”“Lagi?”“Tinggalkan riba, judi, arak, zina dalam kehidupan umat Islam. Wanita Islam didakwah dan ditarbiah secara berhikmah untuk menutup aurat dalam erti kata sebenar dan tinggalkan pergaulan bebas!”“Lagi?”
“Pakcik, cara hidup Islam itu terlalu banyak. Dengan mengamalkannya satu persatu kita boleh ‘berdemonstrasi hari2’ terhadap Yahudi. Bila kita boikot cara hidup berseronok2 yakni hedonisme, ertinya kita boikot cara hidup Yahudi yang disalurkan melalui dalang2 mereka di Hollywood.”“Idola Amerika?”“Ya. Juga idola kita yang meniru persis mereka. Bangsa yang leka berhibur akan mudah dijajah.”
Pakcik itu batuk2.Saya urut belakangnya.“Dah lama Pakcik batuk? Berhentilah atau kurangkan perlahan2 ya Pakcik?” kata saya seakan2 merayu.“Semangat Pakcik kuat, saya doakan Pakcik berjaya. Amin.”“Tak terfikir pula saya begitu jauh kita dibius oleh cara hidup musuh yang kita benci.”“Kadang2 musuh ketawa melihat kemarahan kita. Bangunkan remaja kita untuk solat subuh berjemaah, Yahudi akan sakit hati. Tutup aurat remaja perempuan kita, Yahudi akan sakit hati. Tinggalkan riba, judi, arak, pergaulan bebas, insyaAllah, Yahudi akan gigit jari.”
“Tetapi kalau cara hidup kita mengikut telunjuk jari mereka, Zionis akan ketawa sekalipun berlambak2 bendera mereka dibakar. Jeritan AllahuAkbar dalam demonstrasi itu baik, bersemangat tetapi ucapan takbir dalam solat lima waktu lebih besar maknanya. Apakah Allah akan nilai laungan AllahuAkbar daripada umat yang tidak solat? “
“Eh, kami yang demonstrasi semua solat…”“Bukan itu maksud saya. Tetapi seluruh umat Islam ini. Saya risau kerana ada kajian menunjukkan 80% umat Islam sudah tidak solat. Itu yang tidak solat langsung. Bayangkan pula yang solat tanpa ilmu, tanpa penghayatan dan tanpa khusyuk? Jadi berapa kerat umat ini yang benar2 kompeten menghadapi Zionis dalam erti kata sebenar?”
Giliran Pakcik itu tiba. Dia melangkah perlahan menuju bilik rawatan. Ditinggalkan sendirian begitu, saya lontarkan pandangan ke luar klinik. Terus merenung dan berfikir. Masih terbayang wajah pemimpin2 dan para pengikut yang ramai dalam demonstrasi seperti yang dipaparkan di dada akhbar dan di kaca tv. Alangkah indahnya jika demonstrasi dibuat seusai solat Subuh berjemaah dan sebelum itu didahului oleh qiamulail dan qunut nazilah?
Dan kemudian setelah selesai berdemonstrasi, para pemimpin dan ribuan pengikutnya itu terus sahaja mengamalkan cara hidup Islam dalam diri, keluarga, organisasi, masyarakat dan bahagian masing2. Bukan hari itu sahaja… tetapi hari2. Setiap hari!
Ah, bagaimana umat ini hendak disedarkan bahawa mengamalkan cara hidup Islam itulah cara penentangan yang paling dibenci oleh Yahudi? Firman Allah “Sekali-kali tidak redha orang Yahudi dan Nasrani sehingga kamu mengikut millah (cara hidup) mereka.”
Dan alangkah baiknya jika jeritan AllahuAkbar, dibuktikan dengan penegakan hukum Allah dalam seluruh sistem kehidupan sekali gus ‘mengecilkan’ pandangan akal sendiri dalam menyusun dan mengatur kehidupan ini?

Friday, January 15, 2010

Macam-Macam

Salam...

Rasanya sudah lama x mengemaskinikan blog ini. Tuntutan kerja menyebabkan aku sedikit sibuk untuk menulis sesuatu disini walaupun difikiran macam-macam yang ingin ku katakan....

Alhamdulillah, hari yang lepas aku mengharungi hari yang sangat sibuk dan tertekan, namun berkat doa dan kesabaran dan sokongan mereka yang berada disekeliling membuatkan aku kuat. Dan akhirnya semalam usaha aku berhasil......

lain orang lain ragamnya...dan kini aku cuba untuk memahami setiap orang yang berada disekelilingku agar hubungan yang baik berterusan.... dalam pada kesibukan aku, sempat juga aku memerhatikan orang ramai. LRT putra yang sudah menjadi kebiasaan kenderaan untuk aku pergi dan pulang kerja membuatkan aku banyak melihat ragam manusia.....

Sangat sedih, bersyukur, berdoa segala macam perasan yang ada... Aku bukanlah terlalu baik...aku juga banyak melakukan kesilapan secara sengaja atau pun tidak, terangan atau tersembunyi.... Mohon ampun Ya Rabbi........namun apa yang aku lihat didepan mata, mana yang baik aku jadikan teladan dan mana yang kurang enak dilihat aku jadikan sempadan.....

Anak-anak muda bangsaku.... terutamanya yang masih bersekolah... aku doakan semoga mereka berjaya dan terlindung dari perbuatan yang dilaknat Allah......(pesanan untuk diriku sendiri).... Jauhkan mereka dari mangsa fesyen yang bukan-bukan2.... Sesungguhnya jatuh bangun sesuatu negara itu bergantung pada anak mudanya.........

Sayang sungguh.... dan tanda2 akhir zaman adalah perempuan itu lebih banyak dari lelaki... Adakah lelaki yang berkelakuan seperti perempuan itu adalah salah satu darinya??? Gah sungguh mereka diatas dunia.... teringat aku malam kelmarin apabila kupulang kerumah.... tanpa rasa segan mereka.................. mengucap aku didalam hati.... selemah-lemah iman adalah apabila melihat sesuatu yang salah dia berdoa didalam hati moga mereka kembali kepangkal jalan........ mungkin aku belum cukup kuat lagi menegur dengan lidah...... Jauhkan dari diri dan keturunanku... Moga aku sentiasa mendapat petunjukMu.....Aminnn.......

Friday, December 4, 2009

NATRAH

salam..





Last nite went to IB to watch Natrah.. Maya Karin as Natrah was did a good job.. cngrts!.. also to the others like remy ishak as mansor adabi, sofia jane as natrah for age 70, n umi aida as che aminah... good job guys....



actually i've been waiting for this... since my lect pn marziyana told me in the class about natrah. Im eager to know more about her... She's issue made tanah melayu on that time being chaous.. especially in singapore.. when religion, race been arise.... even in pakistan some of people do demonstration to support che aminah so that natrah not moving out from malaya....

Tuesday, October 20, 2009

Harapan dan keinginan

Harapan dan Keinginan

Hi semua….. moga kalian sihat selalu n penuh semangat sepanjang hari… bekerja mahupun yang belajar….

Tiba-tiba dapat idea untuk bercakap mengenai harapan dan keinginan….
Setiap manusia pasti mengharapkan sesuatu….
Tidak kira apa jua harapan atau keinginan…
Harapan untuk berjaya, harapan untuk dinaikan pangkat,
Dan sudah semestinya ramai
mengharap mendapat sesuatu yang terbaik untuk dirinya….

Terbaik untuk dirinya?
Hari-hari kita berharap moga sesuatu yang baik akan berlaku pada diri kita..
Mintak2lah bos praise aku hari ni, mintak2lah aku dapat jumpa dengan ‘die’ hari ini….dan macam-macam lagi….
Sehingga kadang-kadang tanpa kita perasan apa yang kita harapkan tidak disukai oleh teman disekeliling…..
Jealous? Hm… mungkin juga… atau mungkin apa yang kita harapkan tak setimpal dengan usaha yang kita lakukan?

Harapan yang tak setimpal dengan tindakan?
Hm… menarik….
Tanya saja pada semua orang..
Siapa saja yang tidak inginkan dinaikan pangkat? Atau mungkin mendapat anugerah pekerja terbaik?....

Pastinya semua mengharapkannya….
Namun…. Tak ramai berusaha bermatian untuk mendapatkannya…
Mungkin ada yang menyanggah kataku ini….

‘Dah usaha sehabis mati… tapi bos yang tak nampak usaha kita ni’…
‘Alah, kerja teruk2 pun bukannya dapat faedah, akhir tahun ‘si dia’ favorite bos tu yang dapat’….

Hm…. Mungkin juga….
Tapi bagaimana dia boleh menjadi fav bos? Kuat bodek? Atau politik organisasi?
Atau mungkin kita terlalu banyak memberi alasan…
Usaha sedikit tapi banyak bercakap alasan itu dan ini…
Pucuk pangkal adalah percaya….
Harapan atau angan-angan yang kita inginkan….
disemai dengan kesabaran pasti mendapat imbuhan….
Tidak perlu banyak alasan…..
Cuba cari kelemahan diri mungkin ada kekurangan yang belum dibaiki....

Kekurangan yang belum dibaiki?
Ini juga menarik…..
Kerana ramai orang yang mencari kesempurnaan….
Tanya saja pada orang,
Siapa yang tidak menginginkan perempuan atau lelaki sempurna untuk dirinya??
Sudah pasti semuanya mahukan itu…..

‘Kalau boleh aku nak dia tu pandai, cantik, handsome, sopan santun, hormat orang tua, memahami, tak hipokrit, kaya, jujur, matang…etc…’

Hm.. banyak betul keinginan kita….
Tapi ramai yang tidak sedar ….
Senarai yang kita inginkan itu mungkin hanya dua atau tiga ada pada diri kita….
Yang lain??...
Cuba kita menjadi dahulu seperti apa yang kita inginkan
Dari mengharap si dia yang menjadi apa yang kita inginkan…
Mudah bukan?

Saturday, October 17, 2009

mencari sesuatu yang tak pasti...

salam...

hi all.. kepada rakan-rakanku semua moga anda semua sihat n berat badan tak naik selepas hari raya ni..hehehehe....

kenapa kita perlu mencari sesuatu yang tak pasti ya?? ratanya menjawab kerna kita tiada sebarang 'clue', becoz we have to persue our life... in life definitely we dunno what will happen in the next day...we only can predict.. but never know is it true or not...

yang penting bagiku, kerana kita adalah manusia yang memang Allah ciptakan dengan sifat yang ingin tahu, sifat yang sentiasa ingin mencari..... seperti Nabi Ibrahim yang mencari Tuhan dan akhirnya menemui Allah itulahTuhan yang hakiki....

Kita mencari sesuatu kerana kita merasakan ada kekosongan.. kekosongan yang tak dapat melengkapi hidup... kita perlu mencari dan terus mencari walaupun kadangkala kita rasa jemu, bosan, putus harap dengan kehidupan.... kerana pencarian adalah sebahagian dari kehidupan...

mencari sesuatu yang tidak pasti.... kadangkala kita tertanya pada diri , apa sebenarnya yang kita cari?? sehingga ditengah-tengah persimpangan kita tidak tahu jalan mana yang harus dipilih... menggunakan akal yang waras..alhamdulillah kita memilih jalan yang benar... menggunakan nafsu serakah entah kemana akhirnya kita nanti...

walaupun kita mencari sesuatu yang tidak pasti... namun ramai yang terlupa untk bersedia pada sesuatu yang pasti... manusia pasti menemui panggilan ilahi... itulah adalah pasti.... cuma masa dan bila sahaja yang kita tidak ketahui.... ia tetap menjadi rahsia Allah..........

TQ...:)

Saturday, September 12, 2009

SELAMAT HARI RAYA

salam...

lama jugak rasanye tak upload new post...bz n stress dengan keje... biaselah tu..
raya tinggal 5 hari saje lagi.. so nak wish SELAMAT HARI RAYA to all malaysian.. especially kat kawan2...Mohon ampun dan maaf andai pernah menyebabkan ade yang tersinggung...

Sedih rasanya nak tinggalkan bulan puasa... sebab setan2 semua akan terlepas?? mungkin juga.. but the most sedih nak tinggalkan bulan puasa sebab bulan2 lain susah nak tengok orang ramai dekat masjid, bulan puasa kadar jenayah berkurang coz ramai yang rehat sekejap dari buat jahat(mungkin partner kene ikat), bulan puasa byk rancangan tv yang berbentuk agama n ilmiah kalau bulan lain cerite yang merepek je...bulan puasa ramai pompuan yang try nak pakai baju yang sopan...which is good.. banyak artis yang jadikan bulan puasa bulan untuk rehat...buat amal ibadah....(based on wat them said... i dun noe true or not..or becoz of xde job???) but ape yang penting ramai yang menjadikan bulan puasa sebagai satu platform untuk meningkatkan keimanan, dekatkan diri dengan tuhan... moga usaha ini tidak terhenti setakat dibulan puasa sahaja.... teruskan hingga selamanya....

dihujung puasa marilah kita cuba untuk mendapatkan satu malam dimana malam itu lebih baik dari seribu bulan.... rebutlah malam lailatulqdar.. kerana fadilatnya sangat besar.... jangan rebut lailatul kamdar... hujung2 puasa janganlah panjangkan saf dikaunter2 pasaraya mahupun shopping complex.. tapi panjangkanlah lagi saf2 dimasjid... kerana tak tentu lagi kita sempat untuk bertemu semula dibulan yang penuh keberkatan di tahun yang akan datang... jadi hargailah dan bersyukurlah....

(untuk ingatan diri sendiri juga...)

Saturday, August 22, 2009

Ratrace 2009







awesome!!!! so many companies involved!! we ran about 4.5 km.. started at bursa saham...